Friday 9 April 2010

NOTA TINGKATAN 6 - KERTAS 2

SOALAN 1

Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.

Pengenalan
Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.

Isi

A – Peringkat Negeri
1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar
2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar
3. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang.
4. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota
5. Perlantikan sultan/raja – sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu
a. Sistem penggantian bergilir di Perak
b. dilantik oleh Undang Berempat di N.S
6. Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena
a. tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa dalam,warna, alat-alat kebesaran,
b. alat muzik dan cop mohor.

B – Peringkat Daerah
1. Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
2. Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan –
a) Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan
b) Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan dan merupakan individu yang paling taat setia kepada sultan/ raja - contoh – Long Jaafar ( Larut ) - Dato’ Maharaja Lela ( Pasir Salak )
3. Tugas-tugas pembesar daerah
a) Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar.
b) Menyediakan tentera
c) Menyediakan kerahan tenaga
d) Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
e) Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah.
f) Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.

4. pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

C – Peringkat Kampung
1. Unit pentadbiran paling kecil
2. Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah oleh sultan.
3. Tugas-tugas penghulu
a) Memungut cukai
b) Menjaga keamanan kampung
c) Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
d) Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
e) Mendapatkan tenaga buruh.
f) Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.


Kesimpulan

Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campurtangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu.

SOALAN 2

Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.

Pengenalan

Undang-undang yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan Adat Temenggung dan menjadi undang-undang bertulis. Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Isi

1. Undang-undang Pahang

a) Disusun pada abad ke 16 oleh Sultan Abdul Ghaffar Muhaiyuddin Shah
b) Dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam
c) Dibahagikan kepada 3 bahagian :

· Adat Lembaga Negeri – menerangkan keistimewaan raja dan pembesar, larangan dan tugas pembesar

· Undang-undang jenayah – hukuman kesalahan adalah keras contoh kepada penderhaka

· Undang-undang awam – merangkumi tanah dan rumah

2. Undang-undang 99 Perak

a. Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz.
b. Mengandungi 99 buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab
c. Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :
· Tugas dan tanggungjawab pemerintah
· Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja
· Perkara-perkara jenayah
· Hal-hal kekeluargaan

3. Undang-undang Kedah

a. Menghuraikan 4 perkara umum iaitu Undang-undang Pelabuhan, Undang-undang Adat, Undang-undang Seri Paduka Tuan dan Hukum kanun Datuk Kota Star
b. Antara perkara yang terkandung ialah :
· Undang Pelabuhan menyentuh urusan perdagangan, sukatan, timbangan dan ukiran
· Undang-undang Seri Paduka Tuan menghuraikan hukum pertanian dan ternakan, tugas-tugas penghulu dan urusan jual beli
· Perkara adat meminang




4. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

a. Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di Semenanjung T.M
b. Berdasarkan system pentadbiran di Britain.
c. Antara perkara yang terkandung ialah :
· Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing
· Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri
· Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang

5. Undang-undang Islam

a. Berlandaskan Al Quran, hadis dan ijmak.
b. Segala kes jenayah akan dibicarakan di mahkamah syariah
c. Terdapat 2 jenis hukuman iaitu hukuman bunuh dan denda

Kesimpulan

Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup. Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara. Digunakan untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan hak setiap anggota masyarakat dalam kehidupan.

SOALAN 3

Bincangkan golongan yang diperintah dan tanggungjawab mereka terhadap
pemerintah.

Pengenalan

Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan yang tetapi bilangannya adalah banyak. Namun rakyat mempunyai kuasa mobiliti yang tersendiri yang tidak dapat disekat oleh golongan pemerintah.

Isi

1. Rakyat Biasa

a. Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan

b. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana

c. Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja.

d. Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya




2. Orang Asing

a. Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu. Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan mereka selesai.

b. Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri ( orang merantau kerana menuntut ilmu ) dan mubaligh.


c. Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan

i. melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada Jawa dan Pasai.

ii. melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit, pemborong dan pelombong.

d. Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi

e. Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan. Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tempatan.

3. Hamba

a. Terbahagi kepada hierarki yang berbeza taraf kedudukan antara mereka.
b. Antara jenis hamba:

· Hamba raja ( biduanda )– paling tinggi kedudukannya. Akan dibebaskan dengan kerelaan raja.

· Hamba Abdi – hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur, hamba serah, dan anak hamba.

· Hamba berhutang – orang berhutang, anak emas, hamba waris, hamba bayar.

· Hamba abdi dan hamba berhutang akan berkhidmat untuk tuannya sebagai pengikut
c. manakala sebahagiannya akan terlibat dengan pekerjaan dalam rumah.

d. Antara peranannya:
· menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam masyarakat.
· menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan
· menjadi pegawai kepada tuannya
· menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.

Kesimpulan

Golongan yang diperintah memberikan ketaatsetiaan yang sepenuhnya kepada pemerintah sama ada sultan ataupun pembesar.Manakala golongan pemerintah akan memberikan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat. Di sinilah wujudnya hubungan timbal balik di antara golongan pemerintah dan yang diperintah.







SOALAN 4

Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu tradisional mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauh manakah kenyataan ini benar.

Pengenalan

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan. Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem ekonomi separa diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial dijalankan di Johor dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan.

Isi

Tidak bersetuju dengan soalan kerana masyarakat Melayu tradisional tidak menumpukan kepada ekonomi sara diri sahaja.

1. Ekonomi sara diri

a. Bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain.
b. Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor
i. Alat-alat tradisional digunakan seperti parang, cangkul, tenggala.
ii. Saiz tanah kecil
iii. tenaga buruh tidak mahir
a. Hasil pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja.
b. Antara kegiatan yang dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi sawah di Kedah, Kelantan dan Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh orang Asli.
c. Tanaman sampingan seperti pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh yang ditanam di sekeliling.
d. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu, kambing, kerbau untuk bekalan makanan dan bekerja di sawah.
e. Meramu seperti mengumpul damar, rotan, buluh , ubat-ubatan.
f. Menangkap ikan air tawar dan air masin.

2. Ekonomi Separa Sara Diri

a. Terdapat di Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain contohnya Pulau Pinang.
b. Tanah dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah tersebut.

3. Pertanian Komersial

a. Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja ladang gambir dan lada hitam.
b. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan melalui Singapura.
c. Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh pedagang Eropah.

4. Perlombongan

a. Diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh Cina seperti di Taiping, Larut, dan Sungai Ujong.
b. Terdapat perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah contohnya Ngah Ibrahim dengan ketua kongsi gelap Perak.




5. Perdagangan Antarabangsa

a. Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas tahun 1820an.
b. Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem ekonomi kapitalis.
c. Juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.

Kesimpulan

Ini membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan ekonomi sara diri sahaja. Kesan daripada perkembangan ekonomi telah menghapuskan sistem barter dan digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan sistem sukatan barangan bertujuan untuk memudahkan sistem perdagangan. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.

SOALAN 5

Huraikan tentang Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dan implikasinya terhadap Negeri-negeri di Tanah Melayu.


Pendahuluan :

Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai akibat perebutan kawasan perdagangan yang strategic antara pihak British dengan Belanda . British telah membuka pengkalan baru iaitu Singapura bagi menyaingi Belanda. Akibatnya Belanda membawa Singapura di bawah kuasanya. Demi kepentingan ekonomi dan mengelakkan pertelingkahan dengan Belanda, British telah menanda tangani perjanjian ini pada tahun 1824.

Isi:
Syarat Perjanjian Inggeeris-Belanda 1824.

Pembahagian wilayah takluk masing-masing. Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak milik British dan bersedia melepaskan segala tuntutannya ke atas Singapura. Belanda juga bersetuju menyerahkan semua loji/pusat perdagangannya di India, di samping penyerahan Melaka dan segala jajahan takluk di utara Singapura kepada British. Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan. British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. British juga berjanji tidak akan membuka petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan . Kedua-dua pihak juga bersetuju menduduki tempat tersebut jika mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasan dan setiap wilayah tidak boleh diserahkan kepada kuasa asing.
Menghadkan kawasan perdagangan bagi kedua-dua pihak. Belanda diberikan monopoli ke atas kepulauan rempah sahaja. Dan kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas. Manakala perjanjian bijih timah antara Belanda dengan Selangor, Perak dan Kedah berakhir. Belanda tidak akan menganiaya pedagang-pedagang British dengan mengenakan cukai yang tinggi. Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara bebas dengan pelabuhan-pelabuhan kedua-dua pihak di samping bekerjasama menghapuskan kegiatan lanun. Belanda membayar hutangnya sebanyak 100,000 pound kepada British dan kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan negeri-negeri tempatan yang boleh menjejaskan perdagangan pihak lain.

Kesan-kesan Perjanjian Inggeris Belanda:

Kepulauan Melayu dibahagi kepada dua iaitu Singapura dan kawasan utaranya
Terletak di bawah naungan British, manakala kawasan di Selatan Singapura di bawah naungan Belanda.
British bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan mana-mana pihak. Melalui perjanjian ini, British mempunyai tiga buah penempatan iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang akhirnya dikenali sebagai Negeri-negeri Selat pada 1863.
Perpecahan empayar Johor yang dahulunya terdiri daripada kepulauan Riau –Lingga di bawah pemerintahan Sultan Husin(pengaruh British) dan kepulauan Riau-Lingga di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman (pengaruh Belanda). Pahang telah membebaskan diri daripada empayar Johor dan diperintah oleh keluarga bendahara.
Perdagangan Singapura semakin berkembang maju.

Kesimpulan:
Perjanjian ini membawa keuntungan kedua-dua pihak kerana pembahagian kawasan,wilayah dan perdagangan yang lebih jelas. Perdagangan kedua-dua pihak semakin maju dan dapat mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku sebelumnya.

SOALAN 6

Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

Pendahuluan:

1. Menurut L.A.Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia melibatkan pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada kerajaan negari. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan

2. kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.

3. Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu system pemusatan kuasa yang
4. Keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran

5. Ditadbirkan dibawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.

6. Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan

7. Pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri.

Isi:

Sebab-sebab pengagihan Kuasa Pusat
Rasa tidak puas hati sultan-sultan - Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.
Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.- Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.
Kemelesetan ekonomi dunia tahun1920-an - Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
Disamping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.
4. Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. – Sir
Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri kuasa Rasiden Jeneral akan dapat dikurangkan.

5. Sokongan orang Melayu untuk memperimbangi sikap anti-Inggeris. - Bertujuan
Untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.

Langkah-langkah Pelaksanaan Dasar Desentralisasi.

Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George Maxwell 1923 Untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pengagihan kuasa pusat

Antara cadangannya: Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan kuasa pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan negeri. Walaubagaimanapun cadangan ini masih mempunyai beberapa kelemahan.

Sir L. G telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai Pengagihan kuasa pusat pada tahun 1925.

Cadangan-cadangan Cecil Clementi untuk mempercepatkan proses Desentralisasi.


Kesimpulan:

Walaupun berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British untuk melaksanakan dasar desentralisasi namun akhirnya ia tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan.

Bahagian B

SOALAN 1

Bincangkan peranan Hukum Adat dalam masyarakat tradisional di China dan India sebelum kedatangan kuasa2 barat.

Pendahuluan

1. Undang2 awal yang dilaksanakan di kebanyakan negara2 Asia adalah dalam bentuk undang2 lisan yang lebih dikenali sebagai Hukum Adat.

2. Hukum Adat dikaitkan dengan segala bentuk adat resam yang menjadi amalan secara turun temurun hingga menjadi peraturan atau hukum yang harus dipatuhi.

3. Hukum Adat meliputi segala aspek seperti perlakuan, upacara, tatacara kehidupan dan larangan2 tertentu.

A. CHINA

1. sistem perundangan China jauh berbeza daripada negara2 lain

2. peraturan tradisional negara China memperlihatkan kesukaran bagi pesalah untuk
3. membebaskan diri daripada setiap tuduhan yang dikenakan
4. undang2 China berasaskan prinsip tanggungjawab berkumpulan yang bertentangan dengan undang2 moden yang menekankan tanggungjawab individu

5. undang2 China juga berdasarkan prinsip kesalahan kekal di mana seseorang individu yang dituduh melakukan kesalahan akan dianggap sebagai bersalah sehinggalah dia dapat membuktikan kebenarannya

6. hukum adat Negara China menekankan konsep membalas dendam di mana nyawa seharusnya dibalas dengan nyawa

7. adat tradisi masyarakat China melarang rakyat melihat muka maharaja China yang dianggap suci dan mulia dan rakyat dikehendaki melakukan amalan kowtow

8. masyarakat China sangat percaya kepada tilikan nasib

9. juga berpegang kuat kepada adat Feng Shui seperti untuk mencari tapak dan kedudukan rumah ,kubur dan bangunan

10. mengikut amalan tradisi, kaki anak gadis akan dibebat antara 4 hingga 8 tahun untuk Tujuan kecantikan dan mengawasi pergerakan anak gadis

11. berdasarkan ajaran Confucius, pemujaan roh nenek moyang diamalkan untuk memberi Penghormatan

B. INDIA

1. di India ,pelaksanaan Hukum Adat adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu yang begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya
2. melalui amalan sistem kasta ,adat suttee, thugee dan pembunuhan bayi perempuan
3. sistem kasta (vama),membahagikan masyarakat kepada golongan tertentu bertujuan menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati
4. kelas masyarakat iaitu
i. kysatria (perwira,aristocrat)
ii. Brahmin (sami)
iii. vaisya (pedagang)
iv. sudra (rakyat biasa)
5. Amalan suttee merupakan pengorbanan diri oleh balu2 Hindu dengan membakar diri sendiri bersama mayat suami semasa upacara pengkebumian berlamgsung sebagai bukti kesetiaan si isteri
6. Amalan thuggee merupakan aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang menjadi amalan tradisi kumpulan2 agama bersenjata
7. Amalan membunuh bayi perempuan merupakan hukum adapt yang menjadi amalan tradisi untuk elakkan ibubapa menanggung penderitaan seperti pemberian dowri

Kesimpulan

1. Hukum Adat yang diamalkan oleh masyarakat di Asia mengalami pengubahsuaian dengan nilai2 moden pada abad ke-19 hasil kedatangan kuasa2 barat

2. Peraturan yang dianggap tidak adil dan di luar prinsip kemanusiaan telah dimansuhkan

3. Tidak dinafikan masih terdapat banyak lagi hukum adapt yang terus kekal dijadikan amalan hingga ke hari ini dan menjadi sebahagian daripada amalan budaya masyarakat.

















SOALAN 2

Bezakan hierarki sosial masyarakat tradisional di Negara Thai dan Vietnam pada zaman awal.

Pendahuluan

a. Umumnya masyarakat di Asia Tenggara pada awalnya mengamalkan sistem social yang bercorakmtradisional berasaskan sistem feudal

b. Sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu tertentu yang bebas dari kawalan kerajaan pusat

c. Hierarki social mnasyarakat dalam sistem feudal adalah berbentuk pyramid

Isi-isi

NEGARA THAI

a. Raja menduduki lapisan teratas diikuti oleh golongan bangsawan(nai),rakyat yang bebas (phrai) dan hamba (that)

b. golongan sangha (sami Buddha) berperanan penting dalam sistem feudal Thai
c. raja Thai mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.

d. golongan nai berperanan sebagai pemimpin masyarakat dan memberi perlindungan kepada golongan phrai.

e. phrai menjadi symbol kekayaan dan kekuasaan politik golongan nai, that pula merupakan hamba kepada golongan nai dan phrai yang kaya

f. dua kelas that yang penting iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang.

g. golongan sangha mendapat pengiktirafan yang tinggi di kalangan masyarakat Thai dan menjadi penggerak agama Buddha dengan menjadi tenaga pengajar utama kepada ahli masyarakat Thai .

h. kedudukan mereka lebih tinggi dan mulia di sisi masyarakat

VIETNAM

a. sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat
b. hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani
c. golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam , kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas2 maharaja
d. golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran Confucius
e. rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam berpeluang menjadi pegawai2 tinggi awam
f. golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan daripada pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik golongan bangsawan dan keluarga diraja
g. golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah

Kesimpulan

Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah berlakunya imperialisme kuasa barat pada abad ke – 19 dan awal abad ke-20.


SOALAN 3

Bincangkan peranan Raja Thai dan Raja Burma dalam menangani kemaraan Barat?

PENDAHULUAN

Thailand di bawah Mongkut dan Burma di bawah Raja Mindon telah mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu.
Thailand dan Burma tidak mahu menerima nasib yang sama seperti China.
Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Perdagangan Inggeris-Burma 1862 dan 1867 merupakan titik permulaan pembaratan dan permodenan di Thailand dan Burma.
Kebijaksanaan raja-raja Thai dan Raja Mindon Burma menyebabkan Thailand dan Burma berada dalam keadaan aman dan tidak memberi peluang kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjajah Thailand dan Burma.

ISI:

a. Thailand:

i). Pembaharuan luar negeri

· Rama IV mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu
· Baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah agar Thailand
· tidak menerima nasib yang sama seperti China dan Burma.
· Raja Thai mengadakan perjanjian perdagangan dengan Inggeris (1855),ekoran daripada itu perjanjian yang sama ditandatangani di antara Siam dengan Amerika dan Perancis(1856),Denmark(1858),Portugal(1859) dan sebagainya.
· Mongkut juga telah memberikan hak wilayah asingan kepada Barat.

ii).Pembaharuan dalam negeri

· Mongkut menggaji pakar-pakar Barat dalam pelbagai bidang untuk berkhidmat sebagai penasihat dan ketua-ketua dalam pelbagai jabatan.Contoh, Rolin Jaequemins sebagai penasihat umumdan Ann Leonowens sebagai pendidikan.
· Raja Mongkut menjalankan dasar pembaharuan dan pembaratan negara Thailand melalui pendididkan, pentadbiran,perundangan,dan sebagainya.
· Pembaharuan Raja Mongkut dalam bidang ekonomi,sosial,serta agama dan pentadbiran dapat membantu Thailand bagi menjadi negara yang bebas daripada penjajahan.
· Memansuhkan sistem mengadap dengan menyembah raja kepada orang asing,mereka dibenarkan menunjukkan hormat dengan cara mereka sendiri.
· Raja Mongkut juga cuba menghapuskan sistem perhambaan.
· Mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di Thailand.
· Layanan yang sama diberikan kepada semua kuasa Eropah.
· Raja Chulalongkorn meneruskan dasar pembaratan, persahabatan, dan perdagagangan ayahandanya

iii).Penyerahan wilayah naungan Thai kepada Inggeris dan Perancis:

· Raja Mongkut menyerahkan wilayan naungan (Kemboja) kepada Perancis pada tahun 1867.
· Raja Chulalongkorn juga melepaskan wilayah naungan, 1888 daerah Tongking Utara, 1893 seluruh daerah di I Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang, 1904 daerah di sempadan Laos-Thailand dan 1907 wilayah Angkor, Battambang dan Siemreap.
· Raja Chulalongkorn juga melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris pada tahun1909 demi mengekalkan kemerdekaan Thailand.





b. Burma:

i).Pembaharuan dalam negeri:

· Mengukuhkan kerajaan kerajaan pusat dan menghapuskan unsur-unsur feudal, seperti pada tahun 1861 menghapuskan sistem Myosa.
· Mengambil beberapa pegawai Eropah, Perancis, dan Itali untuk berkhidmat di Burma.
· Memperkenalkan cukai pendapatan Thathameda ke atas tiap-tiap keluarga.
· Mewujudkan sepuluh jawatan Kayaigwun yang baru bagi menyelaraskan Myowun.

ii).Ekonomi:

· Memperkenalkan mata wang syiling, 1861.
· Menubuhkan kira-kira 50 buah kilang kecil yang diselenggarakan oleh orang Barat, membangunkan perusahaan perlombongan arang batu dan besi.
· Menggalakkan perdagangan dengan Burma Hilir yang berada di bawah pemerintahan British.

iii).Hubungan Luar:

· Raja Mindon Min benci peperangan, baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan kuasa-kuasa Barat yang lain.
· Baginda menandatangani dua perjanjian perdagangan Inggeris-Burma pada 1862 dan 1867. Antara isi perjanjian ialah pedagang British dan Burma diberi kebebasan berdagang di Burma Hulu dan Burma Hilir, membenarkan seorang ejen british menetap di Mandalay. Baginda bersetuju memansuhkan hak-hak monopolinya kecuali ke atas kayu jati, petroleum, dan batu permata; mengurangkan duti kastam kepada 5% daripada jumlah nilai setiap konsignasi barang-barang; bersetuju membenarkan seorang lagi ejen British menetap di Bhamo dan sebagainya.
· Pada akhir pemerintahan Raja Mindon Min, hubungan diplomatic Burma-Inggeris mulai merosot kerana Inggeris enggan memulangkan wilayah-wilayah Burma yang telah ditawan terutamanya Pegu.
· Layanan buruk terhadap perwakilan Burma yang dihantar ke London.
· Mengarahkan wakil Inggeris dan orang asing menanggalkan kasut mereka sebelum masuk ke dalam istana.





KESIMPULAN:

Usaha-usaha pembaharuan dan pemodenan yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn yang terkenal dalam sejarah Thailand dan Raja Mindon terkenal dalam sejarah Burma telah berjaya menahan atau mengekang kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas Thailand dan Burma pada abad ke 19.













Soalan 4

Bincangkan kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854 dengan kuasa-kuasa Barat.

PENDAHULUAN
Revolusi Perindusrian di Eropah memerlukan sumber bahan mentah dan pasaran untuk memasarkan barangan mereka.
Jadi kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar imperialisme.
Perjanjian Nanking 1842 ditandatangani antara China dan British.
Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dan Amerika Syarikat.
Titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat.

ISI:
a.Perjanjian Nanking 1842

Sebab-sebab:
· Negara China mengamalkan dasar tutup pintu.
· Negara China menganggap orang-orang Barat sebagai barbarians dan bertaraf rendah.
· China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Barat atas dasar persamaan taraf.
· Perdagangan asing dibenarkan secara terhad di Canton sahaja.
· Sistem perundangan yang bertentangan.
· Britain telah menggunakan kekerasan untuk menghapuskan dasar tutup pintu negara China dalam Perang Candu 1 yang berakhir dengan PerjanjianNanking
Syarat-syarat:

· China bersetuju menyerahkan Hong Kong kepada British.
· Sistem monopoli co-hong dihapuskan..
· China membuka 5 buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
· Pegawai-pegawai Konsular British akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan.
· China berjanji untuk mengenakan cukai-cukai yang sederhana dan sama ke atas eksport dan import.
· China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 21 juta tael

Kesan:
· Menamatkan perang British-China pertama
· Permulaan campur tangan Barat di China
· China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat perdagangan bebas
· China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat yang lain
· China telah dibelah bahagikan oleh kuasa-kuasa barat:
i. Rusia mendapat pajakan di Selatan Semenanjung Linotung selama 25 tahun pada tahun 1898.
ii. Jerman diberi pajakan 99 tahun di Teluk Kinochow
iii. Perancis mendapat mendapat pajakan 99 tahun di Teluk Kwangchow

b. Perjanjian Kanagawa 1854

Sebab-sebab:
Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.
Hanya orang belanda dan China boleh berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Menjelang abad ke 19 Amerika Syarikat sangat berminat untuk membuka Jepun kerana:
i. Potensi perdagangan antara Amerika Syarikat dan Jepun.
ii. Perusahaan menangkap ikan paus Amerika di Lautan Pasifik berkembang pesat.
iii. Perdagangan Amerika dengan China di Canton semakin meningkat.
iv. Kerajaan Jepun terpaksa menandatangani perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat.

Syarat-syarat:

· 2 buah pelabuhan Jepun Shimoda dan Hokadate telah dibuka kepada kapal-kapal Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan berdagang
· Anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik
· Amerika diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda
· Amerika diberi layanan ‘most favoured nation’

Kesan:

Kuasa Barat yang lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian –perjanjian perdagangan dengan Jepun
Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat
Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf dan hubungan perdagangan telah ditetapkan

KESIMPULAN
· Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China telah memberi padah kepada kerajaan China sendiri sehingga dicerobohi oleh British
· Selain perjanjian Nanking, China terpaksa membuat perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Bogue, Perjanjian Whampoa (Amerika Syarikat) dan PerjanjianWang Hsia (Perancis) yang lebih merugikan China
· Kesedaran pemerintah Jepun tentang perkembangan politik di Asia serta kebijaksanaan pemerintahnya telah membolehkan Jepun mengekalkan kemerdekaannya